Wednesday, May 20, 2009

Beringat Kalau Ketawa

Dalam satu hadith, Nabi s.a.w bersabda : 


‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’. 


Ramai yang menyangka ketawa dapat menenangkan perasaan dan sentiasa menampakkan keceriaan pada seseorang, tetapi hakikatnya banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. “Hati” tidak berfungsi lagi. 


Rasulullah melarang umatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu! 


Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara saja tetapi di akhirat berpanjangan, kekal abadi. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini, cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. 


“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. 


Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.” 


Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘….jauhnya perjalanan … sedikitnya bekalan ….’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun dia merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. 


Dalam hadith lain, Nabi s.a.w bersabda ;”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka. 


Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. 


Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.” 


Wallahu a’lam


Tanda2 Hati Keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". 


Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 



1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan 


Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54) 


2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran 


Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45) 


3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat 


Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 


4. Kurang mengagungkan Allah 


Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 


5. Tidak belajar dengan Ayat2 Allah, tentang peringatan terhadap kemungkaran dan tanda2 kebesaran Allah. 


Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126) 


Tuesday, May 19, 2009

Fadilat solat 2 rakaat

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.


Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”


Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.


Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada

 seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.


Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”


Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”


Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”


Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

# Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.


# Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.


# Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.


# Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.


# Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).


# Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.




Friday, May 15, 2009

Rahsia solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu
atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika
di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam
kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita
dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa
mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "
jika ada di kalangan kamu yang perasan!!! Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia lain...



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAHNYA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN DAN ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. ”

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)


Allah,greetings
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Keluarga Bahagia

Keluarga Bahagia

rid,epi,awal.idris,mija,qilah,anis & fina


amir,ela,nurul,qilah,najiha,nofal,esan,najmi,penan,lina,syahida,ayoi,syiwat, sara,rid,wawa,apit,nadia,tiqah,kalis,azim,nana,soflan,jehan,sihah,ilman,idan, irfan,anis,is,ain,aiman,yaya & kirin

Tekonang juo

Tekonang juo
Lagu ude senandi eeii... "ude senandi.. ude senandi kate nye die...ape yang meghoh-meghoh bawah ghomah kamu tadi ude senandi katanye die... o.. tidak tuan nye tidak. Kuah nye bayam tumpah semalaman...." jalan... lagiiiii......apo lagi... nek. "ape kene... luke di dahi kate nya die... luke nye sembuh paghut tak hilang. hai tidak tuannye tidak. itu angkaghe... kak nam.... lagi.... nek.

Keluarga Idris & Itam

Keluarga Idris & Itam

Al-Fatihah

Al-Fatihah
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh nenda itam, ayahanda kamil dan ayahanda abd ghani, keluarga dan muslimin muslimat yang telah pergi mendahului kita...... amin

Ini ada satu masa elah.....

Mari kita teka…. Siapa yang kena…..

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
2. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
6. Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
7. Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan
    beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... .
8. Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
9. Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada
    angin...
10.kasut apa yang paling keras?
11. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane
     huruf yang boleh kahwin
12. Tahi ape yang bau wangi dalam dunia ni……..

Tak dapat jawapannya jangan marah… nanti kena jual……hahahahahaaaaa.