Sunday, April 26, 2009

Muflis di akhirat

Bagaimana kita boleh muflis di akhirat 


DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?” Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. “Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Berdasarkan hadis itu, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya.Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah?Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia)?” (Surah Yaasin, ayat 65).Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai.Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran?Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia.Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya. 


No comments:

Post a Comment

Allah,greetings
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Keluarga Bahagia

Keluarga Bahagia

rid,epi,awal.idris,mija,qilah,anis & fina


amir,ela,nurul,qilah,najiha,nofal,esan,najmi,penan,lina,syahida,ayoi,syiwat, sara,rid,wawa,apit,nadia,tiqah,kalis,azim,nana,soflan,jehan,sihah,ilman,idan, irfan,anis,is,ain,aiman,yaya & kirin

Tekonang juo

Tekonang juo
Lagu ude senandi eeii... "ude senandi.. ude senandi kate nye die...ape yang meghoh-meghoh bawah ghomah kamu tadi ude senandi katanye die... o.. tidak tuan nye tidak. Kuah nye bayam tumpah semalaman...." jalan... lagiiiii......apo lagi... nek. "ape kene... luke di dahi kate nya die... luke nye sembuh paghut tak hilang. hai tidak tuannye tidak. itu angkaghe... kak nam.... lagi.... nek.

Keluarga Idris & Itam

Keluarga Idris & Itam

Al-Fatihah

Al-Fatihah
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh nenda itam, ayahanda kamil dan ayahanda abd ghani, keluarga dan muslimin muslimat yang telah pergi mendahului kita...... amin

Ini ada satu masa elah.....

Mari kita teka…. Siapa yang kena…..

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
2. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
6. Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
7. Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan
    beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... .
8. Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
9. Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada
    angin...
10.kasut apa yang paling keras?
11. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane
     huruf yang boleh kahwin
12. Tahi ape yang bau wangi dalam dunia ni……..

Tak dapat jawapannya jangan marah… nanti kena jual……hahahahahaaaaa.